Archive for May, 2010

halal outlet in Malaysia

Just to share of what i found on halal jakim website recently..

Yang ada sijil halal-KFC, Kenny Rogers, Starbucks, Coffee bean

Tak tak ada sijil halal YET- Big Apple, Jco, Johnny Restaurant, Manhattan Fish market

1. Aduan :

Adakah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?

Tarikh Aduan :27/04/2009 – 00:53:42

Jawapan :

Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih

2. Aduan :

Assalamualaikum. just nak bertanya. di sinio ada kekeliruan dalam jawapan daripada aduan pengguna dalam web tuan. saya telah terbaca 1 aduan mengenai status sijil halal Starbuck.

ada jawapan di page yg lain, jawapan nya telah mendapat sijil halal jakim, tapi bila terbaca page yg lain plak, kata dah dapat sijil pengesahan.
Tarikh Aduan :26/04/2009 – 13:21:12

Jawapan :Waalaikumsalam.. untuk sijil halal Starbuck, mereka telah memperoleh sijil halal dr HDC. Sila rujuk pada direktori halal (hdcgolbal.com)untuk pengesahan dgn lebih lanjut.

3. Aduan :

Assalamualaikum
Saya nak bertanya, adakah “JOHNNY’S RESTAURANT” disahkan HALAL 100% oleh Jakim, baik makanan dan juga minumanya.
Ini kerana saya telah menyemak statusnya disini namun rekod tidak ditemui, malah saya pernah nampak restoran ini memaparkan status HALAL, jadi adakah sijil HALAL telah luput ataupun memang mereka tidak pernah memohon sijil HALAL.
Rata-rata pengujung adalah Masyarakat Islam, dan jika ada logo HALAL walhal tidak HALAL maka ini telah dianggap menipu serta tidak sensitif terhadap masyarakat ISLAM.
Sekian, terima kasih

Tarikh Aduan :

14/04/2009 – 15:49:50

Jawapan :

Waalaikumsalam.. Terima kasih kerana bertanya. Johhny’s rest tidak pernah memohon halal dari JAKIM/HDC. Ternyata sijil halal yg dikeluarkan adalah datang dari badan islam yg kita tidak pernah iktiraf.Harap pengguna Islam tidak terpedaya dengan logo Halal restoran tersebut. Sekian Terima Kasih

source:  http://www.halal.gov.my/aduan_siar.php