Archive for November, 2010

Perihal Doa

Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba-Nya kepada Allah SWT dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolongan-Nya atau menolak segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Berdoa merupakan salah satu ibadah, iaitu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib

Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang mukmin seperti diperintahkan- Nya kepada rasul.
Firman-Nya: Wahai rasul, makanlah makanan baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal salih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mukminun, ayat 51)

Firman Allah lagi, “Wahai orang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang kami rezekikan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).

Kemudian Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang lelaki sudah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa, “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!”, padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya? (Hadis riwayat Muslim)

Adab berdoa

Kita banyak berdoa…..
tetapi adakah Allah menerimanya?
Sudah kah kita fikirkan kenapa doa kita tidak di terima?
Kalau tidak di terima kecewakah kita?
Sudah kita berbuat sesuatu untuk doa kita diterima Allah?
Adakah kita telah mengikut adab-adab berdoa sebaik mungkin supaya doa kita diterima Allah?

Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab serta syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah.

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik.
Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut:

* Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah SWT.
* Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
* Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana (tidak terlalu laju).
* Doa dibaca dengan suara yang sesuai (tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
* Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT.

Antara adab-adabnya adalah seperti berikut :

1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang halal. Memakan makanan halal dan baik adalah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insya-Allah segala yang dimohon akan dikabulkan Allah.

2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ini maksudnya, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan-Nya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.

3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.

4. Digalakkan solat sunat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.

5. Mengadap kiblat semasa berdoa.

6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.

7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.

8. Jangan terburu-buru dengan Allah. Kita meminta dengan berdoa, kita mesti bersangka baik dengan Allah bahawa doa kita sentiasa didengari dan dimakbulkan.

Ada 3 cara Allah makbulkan doa kita:
a) Dengan serta merta
b) Ditangguhkan untuk dimakbulkan di hari akhirat
c) Dijauhi kita dari mara bahaya dan bala bencana.

9. Dahulukan meminta doa untuk diri kita sebelum kita mendoakan orang lain.

10. Meminta doa dengan bersungguh-sungguh. Jangan berdoa seperti ini, “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk jika Engkau suka”, sebab Allah boleh buat apa yang Dia mahu, kalau kita berkehendakkan sesuatu mesti bersungguh-sungguh meminta dengan Allah.

11. Jangan sombong dengan Allah semasa berdoa. Kita banyak berdosa, jadi digalakkan kita menyebut kesalahan kita semasa berdoa. Seperti Nabi Adam semasa berdoa, baginda berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku…..”

12. Ulangi hajat kita sebaiknya sebanyak 3 kali ketika berdoa.

13. Jangan berdoa tentang perkara yang haram (seperti nak minum arak, nak menang judi) atau untuk memutuskan silaturrahim. Selagi kita tidak berdoa ke arah ini, insya Allah doa kita akan dimakbulkan dengan salah satu cara macam dalam no 8.

14. Berdoalah untuk hajat yang dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya. Setiap apa yang kita pinta pastikan kita pinta dari Allah. (contoh: nak cepat dapat jodoh atau nak naik pangkat dan lain-lain)

15. Jangan berdoa kepada perkara yang mustahil (contoh: ketul emas di bawah bantal apabila bangun tidur). Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.

16. Seorang imam, tidak boleh hanya meminta doa untuk dirinya sahaja. Mesti menggunakan perkataan yang merangkupi semua jemaahnya.

17. Berdoa dengan bertawassul (perantaraan) dengan orang alim. Dahulu, sahabat nabi bertawasul dengan Saidina Abbas (bapa saudara Rasulullah). Selepas Abbas meninggal dunia, sahabat-sahabat bertawasul dengan Rasulallah sahaja.

18. Bertawassul dengan perbuatan baik kita apabila berdoa. Misalnya jika kita dalam kesusahan yang teramat kita boleh berdoa sambil bertawassul dengan perbuatan baik yang pernah kita buat dahulu. Seperti, mendahului memberi makan kepada ibu bapa sebelum mamberi anak-anak dan keluarga makan.

Tempat berdoa

Tempat yang diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka (seperti padang).

Manakala yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.
Begitu juga di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat, ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang seumpama dengannya.

Saat-saat doa paling mustajab

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, “Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim)

Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s. bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.

Sujud hanyalah untuk Allah SWT. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah “Sujudlah pada-Ku”. Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud.

Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Kesimpulannya

Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat apa yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.” (Surah al-A’raf , ayat 55)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Semoga segala doa kita dimakbulkan Allah SWT. Amiin.

Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT… . Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, “Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)”– Hadis Riwayat Bukhari

http://tip-untuk-semua.blogspot.com/2009/10/perihal-berdoa.html

Read of the day

Scribd file for Anti-sihir

Doa orang teraniaya. Im not sure if i am orang teraniaya. Tapi boleh guna untuk masa akan datang..wallahualam.

ps: I gotta keep saving links into my blog post. I had soo many bookmark on my browser that makes me pening. Senang for reference.

Wsalam

Advertisements

I beg to dream and differ from the hollow lies

Today is a big day somehow..I need to talk to the families..some complicated stuff.

Hope for the best. I brought some chocolates for the kids..but totally forgot to bring out the bottled water.

I wore Davidoff Cool Water today. Its sooo fresh. Im starting to love it now.

Tomorrow nak duduk rumah je.I love Wednesday at home. Ntahla. Tuesday ada plans. Friday ada kerja overtime at office. Saturday wedding fafa. Sunday wedding Elliza. Ok done for the week.

Ayah burned the carpet down. He always had some occurance yang tak pleasant tau. Hurmm but its ok.nanti pergi Nilai 3 to beli the tikar buluh and mattress toto. Maybe this Sunday.

Next month nak pergi Sunway Lagoon. Just having fun. I need a perk of my life and balance between spiritual and physical.

I have no plan on seeing any traditional meds practitioner for the mean time. Bertawakal dan berdoa buat masa sekarang. Believe in the power of doa dan menyerahkan ketentuan hanya pada yang maha Esa.

Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada Ibnu Abbas r.a: Apabila kamu bermohon, maka bermohonlah kepada Allah s.w.t. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah s.w.t. Dan, ketahuilah bahawa sekiranya sekalian makhluk saling bantu membantu kamu untuk memperolehi sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t untuk kamu, pasti mereka tidak akan sanggup mengadakannya. Dan, sekiranya sekalian makhluk mahu memudaratkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t buat kamu, nescaya mereka tidak sanggup berbuat demikian. Segala buku telah terlipat dan segala pena telah kering.

This is the doa i posted on my FB wall during my birthday, before i knew something is wrong with my relationship.

” Ya Allah, I dont know what lies ahead for me this year, yet i know You are holding my future in Your hand.Let my ways be pleasing to You. May I’ll be blessed with health, wealth and prosperity. Ameen.


Now and then.

Last Saturday I went to SHOUT awards with Aya, Ain and Paan. It was fun, indeed. I never liked Faizal Tahir like i love him that very night. I wont mind being his second wife…Ok that was so not right. I enjoy seeing Zizan wins. He’s totally funny, even better when bergabung with Johan. Some things are made pair to complement each other. I’ve seen JOZAN before and there’s one episode that always made me laugh so hard i almost cried.

I walked out the stadium early, I had to fetch my sister from LCCT. Then we’re off to Concorde seeing my brother performing there. Its a siblings day out. We rarely do this, so its really nice to see your own darah daging kumpul that kinda way. My brother, Syam finish at 3am, then we makan at roadside hawker. Arrive home at 5am. Ayah dah bangun for Subuh prayers. I feel so guilty sebab unable to perform my routine.

Then, Sunday’s coming. It was supposed to be the happiest day of my life. A baby step onto a wishful journey. But it didnt happens. Kita merancang, Allah swt yang menentukan segalanya. Visited kubur arwah mak. I feel relieved and calm near to her, i can tell everything, hope that she’ll be listening and pray for me. Plant some little tree i bought earlier at IKEA at her grave, semoga pokok itu akan sentiasa bertasbih untuk mak. Wallahualam.

Rumah sedang ada sedikit renovation for the anai-anai thingy. So messed up. Ayah made dinner. We talked.

I ran through some of the things that made me think today. Here goes. taken from the link i mention below.

1. You may came across some traditional meds practitioner and doubt about it. This helps me a lot. Like my father said, sejauh mana dia mendalami ilmu dan beribadah. We’ll never know tapi if in doubt, look out for it(research), dont blindly took what they said . Link : http://darussyifaperak.blogspot.com/2010/01/bersama-tuan-guru-dato-dr-haron-din.html and http://darussyifaperak.blogspot.com/2010/01/penjelasan-etika-pengubatan-islam_27.html

2. The power of Doa Penggerak.I heard this doa over the Astro Oasis zikir munajat recitation and it calms me down. I never know i could hafal it blindly before, then came across darussyifa website that gives this doa as one of the pendinding and doa before you go somewhere.Link http://darussyifaperak.blogspot.com/2010/03/doa-yang-sangat-wajar-diamalkan-di.html. This is the doa

3. Etika perawat perubatan islam. This reminds me of a perawat i bump into before. I call him over the phone. Oh, yes he’s from Darussyifa also. I storied him my intention and said that the ‘patient’ couldnt come, so is that ok i come on my own, any help or ikhtiar that he can think of..His answers surprised me BIG time. He said ” Awak kat sini, dia kat sana, dia xnak berubat, nak berubat dari jauh, awak ingat boleh ke macamtu?Awak bgtahu saya boleh ke?”..Like…I was just trying to ask opinion and the reason im in a state of not-known to be known, thats why i ask you…The i said ” Saya tak tahu, sebab itulah saya tanya ustaz boleh atau tidak saya datang tanpa pesakit. So kena ada jugalah dia ni? Ok saya akan ikhtiarkan untuk bawa pesakit”.. Then he replied ” Haaa macam tulaahh”. His tone of voice is another thing that make me go uneasy. Afterwards, he hang up the phone before i did. Like..so wanna hang up.Urghh sangat geram dan frustrated. His attitude langsung tak menggambarkan seorang ustaz yang lemah lembut dan pengamal perubatan yang ingin membantu. Wallahualam. Link : http://darussyifaperak.blogspot.com/2010/03/satu-teguran-buat-diri-saya-dan-semua.html. From the website juga :

  • Pesakit datang dengan 1001 masalah…jika tidak dapat disembuhkan kesemuanya….melegakan hatinya juga merupakan satu penyelesaian masalah kepadanya.
  • Kesembuhan tidak semestinya datang dengan memerlukan pesakit dihadapan mata. Pengalaman saya dan rakan-rakan perawat yang lain…ada kalanya kesembuhan juga boleh berlaku hanya dengan solat hajjat yang kita pohonkan bersama atau hanya dengan air dan amalan yang kita bekalkan kepada pengadu dan pesakit. Ingatlah kita hanya pembuka jalan tetapi kesembuhan hanya Pada Allah.

The times where i met Ust. Hanafiah and En Jazman, the words coming out from them sudah mampu melegakan hati.Kadang-kadang itu yang kita perlukan, bukakan minda dan hati.

I got a lots of support from my families and friends. Thank you Thank You. Semoga Allah membalas budi baik kalian yang menenangkan hati ini. Ameen Ya Rabb.

Surah Yunus 81-82

A081
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Yunus 10:81)

A082
“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”. (Yunus 10:82)

i wont let you go astray

No matter how hard it is,

I wont let you go astray,

Because i believe in the power of dua,

I wont let you go astray,

Ya Allah helps us, help us those who in need of your guidance and hidayah.

Amen ya Rabb.

InshaAllah.

Imraan, Inayah dan Naqisha

Lately kenapa entah come across nama-nama di atas.

Sangat suka nama Imraan dieja A ada dua.  Dalam Al-Quran,surah Al-Imran bermaksud keluarga Imran

Inayah bermaksud bantuan dan pertolongan dari Allah swt

Naqisha…tak dapat cari maksudnya

Jumpa lirik lagu Inayah ……

Penyanyi: Zainal Abidin
Tajuk Lirik Lagu: Inayah

Biarku berdiam saja
Dariku berpura-pura
Ku jauh dari gembira
Ku lihat anak di bumi
Melarat merana kerna
Dosa kami

Sengketa yang berlaku
Salah mereka
Bukan salahku
Bertepuk hanya tangan kiri
Dapatkah sebelah berbunyi
Sendiri

Tangan-tangan setiap insan di bumi
Jangan musnahkan
(Dan segala yang diberi) 2X

Maka harus kita
Biarpun jalan berbeza
Bersekutu bersama
Dunia ini hanya fana
Biar dia yang menentukan
Semua

Biar dia menjaminkan masa depanmu
Sabar, sabarlah
(Walau apa yang menimpamu) 2X
Larilah lari dari bala di bumi
Janganlah kau dibutakan
Oleh kesenangan
Larilah lari dari jalan di kaji
Percayalah dunia ini pasti
Di suatu hari di ambil kembali

*Sebenarnya pagi tadi terbangun untuk subuh, otak terus terfikir Inayah, tak tahu kenapa. Sendiri pun tak tahu maksudnya.. Terus type dalam phone takut terlupa. mashaAllah. Moga Allah benar2 beri bantuan dan pertolongan.

my niece and i during our recent holiday

Dreams and `dua

I dont know what to write in here anymore. I lost my passion to write and tell.

I had a strange dream this morning. I went to ceramah, saw my long friend, Erma and went in a little hut. Ustaz Haron Din was there. He help me with something but suddenly our stuff fell down to the river. He manage to pick up my stuff but his belongings went to the middle of the river. Then i looked around and saw a mirror, i look it up, and I dont have a face. No eyes, nose or mouth. But i manage to see it all. I recite some zikr and there my face went back to normal. I freaked out. Then i woke up. Its 8 am. I sleep at 7 after Subuh. I told myself not to sleep after subuh but cant help it.

Last Saturday i dreamt of Aya telling me that i wasnt put enough effort on helping him(N), she ask me to do iktikaf. Or iktikad. I think it is iktikaf because it meant that you take some time at the mosque praying, reciting quran and zikr. It made me think. Maybe i should do it. I wasnt being superstitious believing in dreams but as long as it is a good thing, it wasnt wrong isnt it? No harm to try.

Aidiladha was great. I just cant describe it. Something that happen to me recently really change how i view things.

Some share about doa:

Rasulullah s.a.w bersabda “Empat doa yang tidak akan ditolak ialah doa orang yang melakukan haji sehingga dia kembali, doa orang yang berperang (berjihad) sehingga dia kembali dari medan peperangan, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh, doa seorang Islam terhadap saudaranya tanpa pengetahuannya. Doa yang paling cepat diterima diantara doa-doa tersebut ialah doa seseorang terhadap saudaranya tanpa pengetahuannya” (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.)

source: here

Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk doa yang
diperkenankan Allah.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Apabila kamu meminta kepada Allah
bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah
tidak memperkenankan doa seorang hamba yang hatinya lalai.

Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah saw supaya setiap orang yang
berdoa harus yakin bahawa doanya akan diperkenankan Tuhan sama ada segera atau
lambat. Yakin itu akan timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan mengadap
Ilahi.

*Sedang mengajar diri untuk beristiqomah.Biar sedikit, tetapi tetap dan berterusan. InshaAllah