Archive for June, 2011

Syukur ku sedar :)

overheard this song dalam ikim.fm pagi tadi. Sampai ofis trus i google it out. Ok im a biggg time googlers. up to now, i think most of the thing i ‘know’  is  from google.hehe. Mula2 dengar suara macam elyana but then i fikir..Elyana ada lagu ketuhanan eh? Bukan lah xpecaya ke apa..cuma xpernah dengar before..so dapat lah lagu ni..

Lyric by Loloq, Song arrangement by Aidit Alfian.

I love the lyric..especially this part :

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
CintaNya…
Tak pernah ku agungkan….

Which is so true..mashaAllah truly im blessed.

 

Advertisements

That happy moment when you’ve found the person that will help you improve your deen.

I am. Im happy. That happens to me now. Or at least i thought so.

Found doesnt have to be found face to face. it could also means found over the internet 🙂 because lately i stumble upon some bloggers and vloggers yang do good deeds of ..i’d like to call it dakwah. Yeah because you leads someone to do good things..for the deen. MashaAllah, may Allah bless you. I’d like to do some appreciation here even though they would most probably not gonna read this..thehehe..

1) Purplelurve

She owns a blog http://purplelurve11.blogspot.com/ which i stumble upon while googling for Soap & Glory product. After i read the entry where she went to Sephora, i tought that shes fun, so i open the home page and read through. Then i read a blog post entitled ‘Cinta dalam diam’…i was touched because its relatable to me. Up till now, i never found bloggers who hv similar experience as me..so finding her blog is such bless. Plus, she share a lot of interesting thing that surprisingly is stg i love also. ya lah, food review, travelling!, du’a, islamic issue, motivation.. So now she’s my fav bloggers..hehe. thanks a lot for the sharing, sister. May Allah grant you a good life now and hereafter.

2) IniAnwarHadi

I found him through purplelurve juga..So actually kredit goes to purplelurve lagi.haha. but umm..this kid is so good, i mean very good. If i had a son on day, i want him to be just like this guy… Do check his youtube channel and subscribe. He’s funny, quirky, smart, pious, da’wah influence, good mannerism infusion into his vlog. Well, he’s kinda cute too ;p. but…truly..after wathing his video on 27 Kali Ganda, my semangat to solat jemaah membuak2 ok. Alhamdulillah. Anwar, may Allah grant you success and a lot of happiness in this life and hereafter. All his video is good with logic analogies. Highly recommended.

HudaHanis goes Langkawi

I couldnt sleep last night so i made collage, buang masa at facebook and such..thehehe..

This pic masa pergi Langkawi with Anis. My kakak ask me to jaga her kedai while dia pergi holiday..So i took some time off bawak anis jalan jalan Langkawi. Plus time tu my friend Azrull from uni days pun ada conference kat Pelangi so i ada can jadi tourist guide yaw..I love being the tourist guide. Itu salah satu job impian ok.

Time jalan2 byk sgt gambar snap.. Alltogether dalam 2Gb..dah macam gambar honeymoon pula kan. I had fun masa ni. Byk juga benda jadik..One of is accident kereta. Im so freak out sebab kereta my sis baru 6 bulan beli ok..adoi..but somehow i manage to settle everything. Dalam kesusahan pun kena bersyukur..Syukur lampu tak pecah, syukur org yg i deal tu kaya ada motel semua so dia sanggup bayar, syukur takda sapa yang cedera, syukur sebab my sis faham the situation, syukur i tak gelabah. But honestly i tak gelabah teruk, tak rasa takut..cuma tak pernah accident so tak tau flow how to act dia cmana..Sengal tak..hehe. Time tu jugak i syukur i teringat the doa kalau timpa kesusahan tu. ‘Allahumma ajurni fi musibati wakhlufli minha’.. Smoga diberi kebaikan disebalik musibah dan diganti yang lebih baik, hendaknya. InshaAllah..

Personal notes #2

a very rough notes about the kuliyyah i attend. As a backup note to my physical scratch book.  They are not comprehensive, for sure as i was just jotting it down at my own means. All the error and misinterpretation of this note is solely from myself. Wallahualam bissawab.

Amanah

  • Al-Amin : Orang yang beramanah
  • Apabila kamu menjatuhkan hukuman, hendaklah laksanakan dengan adil. Jika tak adil, tidak amanah.
  • Mana-mana wali (pemerintah) yang memerintah umat Islam, jika dia mati dalam keadaan tidak adil, menipu rakyat, Allah swt haramkan syurga (hadis sahih)
  • Orang Munafik- Bila bercakap, dia bohong. Bila berjanji, dia tidak tunai. Bila diamanah untuknya, dia khianat.
  • Hutang budi juga dikira perlaksanaan amanah juga(amanah yang tak tertulis). Kekalkan hubungan dengan orang yang rapat dengan arwah ayah/ibu kita.

Have we ever tought yang orang jepun yang rata-ratanya tak ada agama,tak ada panduan kitab.. tetapi ada kesedaran sivik yang tinggi. Semasa gempa bumi tempoh hari, walaupun ada yang tak makan berhari-hari, bila bantuan datang, masih boleh beratur dengan elok walaupun panjang. But kita, orang Islam, ada macam2 rujukan dari Al-Quran, agama yang teguh, tetapi kesedaran sivik sgtlah tak ada. Contoh bila bantuan datang kpd orang pakistan, mana2 negara islam..berebutnya bukan main, mengalahkan harimau.

So the pengajaran is…jangan ambil hak orang lain. Jika dengan berebut-rebut itu kita dapat makanan, dengan berebut-rebut tu kita dapat naik train, sedangkan orang yang lebih berhak di depan sebelumnya, tak dapat..kita dah dikira ambil hak dia. Jika ada, adalah..Jika tiada, itu bukan hak kita. Belajar untuk sabar ya (note to self juga).

Kafir Zimni = Kafir yang tidak memerangi islam. Ada hadis tentang kafir zimni, sabda dari rasulullah tapi saya tak ingat and tak sempat jot down. nanti saya cuba cari. inshaAllah.

Sedikit cerita Perang Mu’tah

*Baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.

Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglimaIslam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja’afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja’afar sekiranya Ja’afar terkorban.

Zaid ibn Harithah terkorban ketika perang, jadi Ja’afar ambil bendera perang tetapi kudanya kena tombak, tak boleh jalan, jadi Ja’afar turun dari kuda dan bunuh kuda itu.  Kemudian, tangan kanan Ja’afar putus ditetak musuh, then Ja’afar pegang bendera dgn tangan kiri, then tangan kiri juga ditetak musuh, Ja’afar sempat letakkan bendera pada kakinya. Ja’afmati syahid.

When the news reached Muhammad he cried and prayed for Jafar’s soul and then Jibril came down and consoled Muhammad, saying “Jafar was a brave and loyal soldier. God has given him everlasting life, and in place of his arms which were cut off in the battle, the Lord has given him a pair of wings”. source

Aku melihat, sungguh, Ja’far berada dalam surga. Dia mempunyai dua sayap berlumuran darah dan bertanda di kakinya.” (Sabda Rasulullah SAW)

Sedikit kisah Zaid ibn Harithah

hamba yang kulitnya hitam(legam)

anak orang kaya, ttapi slps kesusahan, dia dijual di pasar, Khadijah beli sebagai hadiah perkahwinan kepada Rasulullah. Selepas beberapa ketika, bapanya Harithah carinya semula. Harithah memuji-muji rasulullah dan hendak membeli Zaid semula. rasulullah menjawab, tak perlu membeli Zaid, ambil sahaja dia. Tetapi rasulullah menyatakan jika Zaid memilih untuk tinggal bersamaku, jangan engkau paksa dia. Zaid memilih utk tinggal bersama rasulullahsaw dan dijadikan anak angkat.

Rasulullah saw kahwinkan Zaid dgn Barakah (Ummu Aiman) iaitu hamba kepada Aminah(ibu Nabi). Barakah ikut Aminah hijrah ke Madinah ketika Nabi berusia 6 tahun dan menjaga rasulullah setelah Aminah meninggal dunia. Ummu Aiman mempunyai anak dengan Zaid iaitu Usamah ibn Zaid. Ketika berhijrah ke Madinah, dia satu-satunya wanita sambil membawa Usamah. Ketika perjalanan 2 hari ke Madinah (Makkah ke Madinah melalui padang pasir mengambil masa 2 minggu), bekalan makanan telah habis dan Ummu Aiman hampir meninggal, kerana sudah penat and pengsan. Ketika hendak Maghrib, terbuka mata Ummu Aiman ternampak tali putih yang hujungnya ada timba berisi air penuh. Dia pun minum kedua beranak itu dan tahan dahaga hingga sampai ke Madinah.

Al-‘Ain-Pandangan mata

*ini saya baru tahu smlm. alhamdulillah dapat juga sedikit ilmu.

Pandangan mendahului kadar yang mengandungi hasad dengki. Common dalam masyarakat Arab, masyarakat kita tak sangat.

Ada cerita tentang Al-‘Ain pada zaman rasulullah

“‘Amir bin Rabi’ah pernah melewati Sahl bin Hunaif yang sedang mandi, lalu ia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tak pernah melihat kulit seperti kulit wanita yang dipingit.’ Tidak berapa lama, Sahl terjatuh. Kemudian dia didatangkan ke hadapan Nabi. Orang-orang pun mengatakan kepada beliau, ‘(Wahai Rasulullah), segera selamatkan Sahl, ia telah terbaring.’ Nabi bertanya, ‘Siapa yang kalian tuduh dalam hal ini?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah.’ Beliau pun berkata, ‘Atas dasar apa salah seorang di antara kalian hendak membunuh saudaranya? Apabila seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan dari diri saudaranya, hendaknya ia mendoakan kebaikan padanya.’ Kemudian beliau meminta air dan memerintahkan ‘Amir untuk berwudhu’, maka ‘Amir pun membasuh wajahnya, kedua tangan hingga sikunya, kedua kaki hingga lututnya, serta bagian dalam sarungnya. Lalu beliau memerintahkan untuk menuangkan air itu pada Sahl.”

(HR. Ibnu Majah no. 3500, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3908/4020 dan Al-Misykah no. 4562)
Juga kisah anak-anak Nabi Yaakub yang semuanya lawa-lawa pergi ke Mesir dan diminta jangan berkumpul ramai-ramai takut terlalu mandapat perhatian dan elak Al-‘Ain juga.
Untuk elak Al-‘Ain, jika nampak nikmat Allah depan mata, pujilah nikmat itu.
Al-‘Ain juga boleh terkena kepada jasad lain seperti kereta.