Personal notes #2


a very rough notes about the kuliyyah i attend. As a backup note to my physical scratch book.  They are not comprehensive, for sure as i was just jotting it down at my own means. All the error and misinterpretation of this note is solely from myself. Wallahualam bissawab.

Amanah

  • Al-Amin : Orang yang beramanah
  • Apabila kamu menjatuhkan hukuman, hendaklah laksanakan dengan adil. Jika tak adil, tidak amanah.
  • Mana-mana wali (pemerintah) yang memerintah umat Islam, jika dia mati dalam keadaan tidak adil, menipu rakyat, Allah swt haramkan syurga (hadis sahih)
  • Orang Munafik- Bila bercakap, dia bohong. Bila berjanji, dia tidak tunai. Bila diamanah untuknya, dia khianat.
  • Hutang budi juga dikira perlaksanaan amanah juga(amanah yang tak tertulis). Kekalkan hubungan dengan orang yang rapat dengan arwah ayah/ibu kita.

Have we ever tought yang orang jepun yang rata-ratanya tak ada agama,tak ada panduan kitab.. tetapi ada kesedaran sivik yang tinggi. Semasa gempa bumi tempoh hari, walaupun ada yang tak makan berhari-hari, bila bantuan datang, masih boleh beratur dengan elok walaupun panjang. But kita, orang Islam, ada macam2 rujukan dari Al-Quran, agama yang teguh, tetapi kesedaran sivik sgtlah tak ada. Contoh bila bantuan datang kpd orang pakistan, mana2 negara islam..berebutnya bukan main, mengalahkan harimau.

So the pengajaran is…jangan ambil hak orang lain. Jika dengan berebut-rebut itu kita dapat makanan, dengan berebut-rebut tu kita dapat naik train, sedangkan orang yang lebih berhak di depan sebelumnya, tak dapat..kita dah dikira ambil hak dia. Jika ada, adalah..Jika tiada, itu bukan hak kita. Belajar untuk sabar ya (note to self juga).

Kafir Zimni = Kafir yang tidak memerangi islam. Ada hadis tentang kafir zimni, sabda dari rasulullah tapi saya tak ingat and tak sempat jot down. nanti saya cuba cari. inshaAllah.

Sedikit cerita Perang Mu’tah

*Baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.

Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglimaIslam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja’afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja’afar sekiranya Ja’afar terkorban.

Zaid ibn Harithah terkorban ketika perang, jadi Ja’afar ambil bendera perang tetapi kudanya kena tombak, tak boleh jalan, jadi Ja’afar turun dari kuda dan bunuh kuda itu.  Kemudian, tangan kanan Ja’afar putus ditetak musuh, then Ja’afar pegang bendera dgn tangan kiri, then tangan kiri juga ditetak musuh, Ja’afar sempat letakkan bendera pada kakinya. Ja’afmati syahid.

When the news reached Muhammad he cried and prayed for Jafar’s soul and then Jibril came down and consoled Muhammad, saying “Jafar was a brave and loyal soldier. God has given him everlasting life, and in place of his arms which were cut off in the battle, the Lord has given him a pair of wings”. source

Aku melihat, sungguh, Ja’far berada dalam surga. Dia mempunyai dua sayap berlumuran darah dan bertanda di kakinya.” (Sabda Rasulullah SAW)

Sedikit kisah Zaid ibn Harithah

hamba yang kulitnya hitam(legam)

anak orang kaya, ttapi slps kesusahan, dia dijual di pasar, Khadijah beli sebagai hadiah perkahwinan kepada Rasulullah. Selepas beberapa ketika, bapanya Harithah carinya semula. Harithah memuji-muji rasulullah dan hendak membeli Zaid semula. rasulullah menjawab, tak perlu membeli Zaid, ambil sahaja dia. Tetapi rasulullah menyatakan jika Zaid memilih untuk tinggal bersamaku, jangan engkau paksa dia. Zaid memilih utk tinggal bersama rasulullahsaw dan dijadikan anak angkat.

Rasulullah saw kahwinkan Zaid dgn Barakah (Ummu Aiman) iaitu hamba kepada Aminah(ibu Nabi). Barakah ikut Aminah hijrah ke Madinah ketika Nabi berusia 6 tahun dan menjaga rasulullah setelah Aminah meninggal dunia. Ummu Aiman mempunyai anak dengan Zaid iaitu Usamah ibn Zaid. Ketika berhijrah ke Madinah, dia satu-satunya wanita sambil membawa Usamah. Ketika perjalanan 2 hari ke Madinah (Makkah ke Madinah melalui padang pasir mengambil masa 2 minggu), bekalan makanan telah habis dan Ummu Aiman hampir meninggal, kerana sudah penat and pengsan. Ketika hendak Maghrib, terbuka mata Ummu Aiman ternampak tali putih yang hujungnya ada timba berisi air penuh. Dia pun minum kedua beranak itu dan tahan dahaga hingga sampai ke Madinah.

Al-‘Ain-Pandangan mata

*ini saya baru tahu smlm. alhamdulillah dapat juga sedikit ilmu.

Pandangan mendahului kadar yang mengandungi hasad dengki. Common dalam masyarakat Arab, masyarakat kita tak sangat.

Ada cerita tentang Al-‘Ain pada zaman rasulullah

“‘Amir bin Rabi’ah pernah melewati Sahl bin Hunaif yang sedang mandi, lalu ia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tak pernah melihat kulit seperti kulit wanita yang dipingit.’ Tidak berapa lama, Sahl terjatuh. Kemudian dia didatangkan ke hadapan Nabi. Orang-orang pun mengatakan kepada beliau, ‘(Wahai Rasulullah), segera selamatkan Sahl, ia telah terbaring.’ Nabi bertanya, ‘Siapa yang kalian tuduh dalam hal ini?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah.’ Beliau pun berkata, ‘Atas dasar apa salah seorang di antara kalian hendak membunuh saudaranya? Apabila seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan dari diri saudaranya, hendaknya ia mendoakan kebaikan padanya.’ Kemudian beliau meminta air dan memerintahkan ‘Amir untuk berwudhu’, maka ‘Amir pun membasuh wajahnya, kedua tangan hingga sikunya, kedua kaki hingga lututnya, serta bagian dalam sarungnya. Lalu beliau memerintahkan untuk menuangkan air itu pada Sahl.”

(HR. Ibnu Majah no. 3500, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3908/4020 dan Al-Misykah no. 4562)
Juga kisah anak-anak Nabi Yaakub yang semuanya lawa-lawa pergi ke Mesir dan diminta jangan berkumpul ramai-ramai takut terlalu mandapat perhatian dan elak Al-‘Ain juga.
Untuk elak Al-‘Ain, jika nampak nikmat Allah depan mata, pujilah nikmat itu.
Al-‘Ain juga boleh terkena kepada jasad lain seperti kereta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: