Fatwa pelik bin ajaib


Itu tajuk satu episod rancangan dalam TV Alhijrah pagi tadi sempat tengok. Apologize if my interpretation salah sebab its in arabic and ada subtitles, of course.

Dia ada interview some people di Arab tentang fatwa pelik spt : Wanita haram guna internet..itu je ingat. Ada lg actually. and i dont know la siapa yg keluarkan fatwa macamtu..and dia tanyalah kat youngsters patut ke ikut fatwa yang meragukan.. Then pengacara list down what to look for in a reliable fatwa.

1. Pilih yang mudah

Jika ada 2 mufti dan pertimbangan mereka, satu yang mudah, satu lagi jenis too careful..Pilihlah yang mudah. Dia ada quote this hadith dalam kes tayammum  di mana kita hendaklah mempermudahkan urusan, jgn memayahkan…

Dari Jabir, beliau berkata ; Pada suatu hari, kami keluar musafir. Salah seorang daripada kami luka lalu kepalanya dibungkus. Dia kemudiannya bermimpi (Junub), lalu dia bertanya kepada kawan-kawannya, Apakah dia boleh bertayammum? Kawan-kawanya menjawab : kami tidak mengetahui adanya kelonggaran demikian. Engkau masih boleh menggunakan air. Maka diapun mandi (junub) lalu mati. Apabila kami datang kepada Rasulullah SAW, kami memberitahunya kisah tersebut. Lalu Rasulullah SAW berkata : Kerana mereka membunuhnya, maka Allah membunuh mereka. Kenapa tidak bertanya jika mereka tidak tahu. Sesungguhnya ubat kepada kejahilan adalah bertanya. Hadis riwayat Abu Daud, ad-Darqatni dan Ibnu Majah

I was moved by this

“Kerana mereka membunuhnya, maka Allah membunuh mereka. Kenapa tidak bertanya jika mereka tidak tahu. Sesungguhnya ubat kepada kejahilan adalah bertanya”

2. Ikut tempat dan peredaran masa

The fatwa must be in sync with current situation. For example, with the evolving of technology and social media affairs.”Technology will inadvertently force adaptation or a change in policy, rules and fatwa..even”

He quote a move/an act made by Imam Syafie.

“Al-Imam asy-Syafi’e rh tatkala beliau berada di ‘Iraq ( untuk belajar dan mengajar ) sekitar tahun 195 H , beliau telah menghasilkan sebuah kitab Fiqh menurut aliran dan kajiannya ( mazhabnya ) dan kitab ini diberi nama “ Al-Hujjah “ . Namun apabila beliau rh berpindah ke Mesir pada tahun 200 H , beliau mendapati sebahagian daripada fatwa-fatwanya yang lalu ( di Iraq ) , sama ada secara lisan ataupun tulisan tidak memenuhi dan bersesuai dengan realiti dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Iraq . Ini menyebabkan beliau rh mengkaji dan menyemak semula fatwa dan kajian beliau yang lalu dan menghasilkan pula fatwa dan kajian yang baru di Mesir . Dan pada masa ini jugalah beliau rh telah menulis sebuah lagi kitab Fiqh yang besar , yang bersesuaian dengan suasana dan realiti di Mesir . Kitab itulah yang dinamakan sebagai “ Al-Um “  source

3. Jangan terlalu mudah mengguna ayat ijma’

Saya tak ingat hujjah pengacara tapi lebih kurang ini i quote this from Dr. MAZA taken from here

Kata Dr Wahbah al-Zuhaily:

“Kerapkali kita terjumpa dalam buku-buku mazhab fekah seseorang ahli fekah berdalil dengan perkataan al-ijma’ (ijmak). Kadangkala kita dapati dalam perkara yang mazhab-mazhab berbeza pendapat, tetapi setiap mazhab mendakwa ijmak menyokong pendapat imam mereka. Ini menjadikan ijmak berlaku dengan banyak. Kata al-Ustaz Abu Ishak al-Isfaraiini: “Kita tahu bahawa masalah-masalah ijmak lebih dari dua puluh ribu. Adakah dakwaan ini benar?! Adakah ini ijmak yang diiktiraf sebagai sumber ketiga syariat islam?! Inikah ijmak yang istimewa berbanding dengan ijmak dalam ilmu lain?! bagaimanakah mungkin untuk diserasikan perkataan para ahli fekah ini dengan apa yang disebut oleh majoriti ulama Usul fekah bahawa ijmak adalah hujah yang putus menjadi kafir sesiapa yang membantahnya?! Sebenarnya, tidak boleh dipegang ijmak-ijmak fekah ini melainkan setelah dipastikan dan diselidiki. Barangkali yang dikatakan ijmak itu hanya sekadar pendapat kebanyakan, bukan semua mujtahid. Boleh jadi hanya pendapat imam-imam yang empat sahaja, bukan selain mereka. Atau boleh jadi pendapat ulama mazhab tertentu, bukan selain mereka. Atau mungkin mereka tidak tahu ada yang berbeza dengan mereka. Biasanya mereka maksudkan dengan ijmak itu kesepakatan mazhab tertentu” (Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/488-489).

I end this with this quote :

Jika anda memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama, atau ustaz atau majlis agama atau tokoh ilmuwan tertentu, bukanlah bererti anda menyanggahi ijmak ulama. Dalam banyak perkara ulama berbeza pendapat, anda berhak memilihnya dengan adil dan faham.

Berbeza dengan sesetengah ulama tiada salahnya jika ada alasan yang betul. Apatahlagi jika yang dikatakan ulama itu bukan ulama. Atau ulama, tetapi sekadar muqallidin sahaja. Jangan salahfaham maksud ijmak ulama dan jangan salah guna nama ijmak ulama!

(Syarah Prof Dr Maza)

Blog entry ini ada point yang lebih if interested.

Ini ada another good reads about fatwa Yusof Al Qardawi.

ps: My post are not comprehensive, for sure as i was just writing it down at my own means and keepsake of good links. All the error and misinterpretation of this entry is solely from myself. Wallahualam bissawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: