Archive for the ‘mak’ Category

Pesan mak

One of the thing arwah mak selalu pesan is to solat awal waktu. Which sometimes I fail to do so.. Kenapa malas? Kenapa benda lain boleh cepat-cepat tapi bukan solat? Lepas tu kalau dah lambat/waktu nak habis..mana nak khusyuk lagi..

A good link dari http://fekah.blogspot.com

Solat Di Awal Waktu

Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka. 

Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.

Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.
2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.
4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.
5. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.
6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada banyak orang di akhir waktu.
7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.
8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.

ps: Teringat ceramah di surau an-nur ttg Rahsia bacaan dalam solat. MashaAllah sangat suka pengisiannya walaupun ustaz tu serius je..hehe. Nak cari bukunya lah. Sekarang ni i appreciate sesiapa yg nak hadiah kan buku agama. Taknak benda lain.Anyone? hehe..

eh nak share juga lah from resepirahsia

Takbiratul-Ihram &Takbir 

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku,
matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

“Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu….kami lah hamba yang mengharap belas darimu …”ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. .ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”

ps: cara ustaz tu explain lebih sayu n rasa betapa kerdilnya kita ni sbg makhluk Allah.

pps: Suka lagu/nasheed Raihan-Tihamah. Dengar semalam dlm Sinar. Oh ye..naik kereta Abg Din, dia pasang sinar.hehe

link yg bagus utk download islam resources & persoalan

Advertisements

Flame to dust.

In relationship, I’ve always been tested by Allah..More often now and i wonder why..

I believe anything that happens to us, for a reason or what we call ada hikmah atas sesuatu kejadian.

In my case, that I’ve been observing for quite a while..i’ll be very sad..and lunatic for a while, and then i start to hold my back and turn to Allah. It’ll ALWAYS like that. I look up for Him only when im sad, grieve. During jolly good times, i kinda not really been this good. Thats very bad right.

So this is the remembrance of Allah s.w.t towards his umat. Be glad that this happens because He want you to be good, gain pahala, and away from dunya issue for a while.

Alhamdulillah. No tears,huda.

The tragic accident near Simpang Ampat PLUS highway is very devastating. It could have been me. Actually it could have been anyone but I travel by bus to JB-KL once in a while. Sometimes i think, we went somewhere with wrong intention, but still Allah protect us and grant us life. We should be thankful. Syukur. And thats something we should think about. We lived..and what should we do?Actually, what is the RIGHT thing we should do?

ps : You know what fear me the most?While thinking about death, am I really ready in a condition that is favorable?What if every ibadah and things i made is not accepted because my intention is wrong? Wallahualam.

Like i said, ada hikmah sesuatu kejadian, i always put that of why mak passed away. Its her ajal that Allah takes her life, but I think this world is not her place. Its other part. Allah loves her, and im redha that way, I can figure out why although it may be wrong, but i want to keep on that thought.

Turn to Allah, He’s never far away.

Today..

25th day of Ramadhan..

How do you actually feel..

I start my day with waking up late, unable to perform my sahur. Pity ayah who’d wanted to go to the mosque for qiamulalil session.His alarm clock does not work. I did woke up at 430am but sleep back somehow. Bad me.

After subuh, I took my late mom’s favorite Koran, read Surah Al-Hud (yes its 25th day of Ramadhan and im wayy behind) , then after the 1st page, i felt a perfect calm + im starting to cry out of nowhere. I cried and cant continue with the reading.. When I cried, I think of my mom. Then i feel that i miss her sooooooo much. And i never went to her grave since ramadhan. I intent to go on the 29th ramadhan. Saying goodbye to her after been released for the ramadhan,inshaAllah.

What i miss about my mom the most : HER PRAYER to me.

I once read from my Paklong’s FB page.

Apabila matinya seorang Ibu, maka hidup anaknya kekurangan sesuatu iaitu doa seorang ibu

This one i took from here

** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

***Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

***3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Ø
Anak
Ø
Ibu
Ø
Suami

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

**Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana

This one macam ada relate dgn what has happened before into my life :

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

“Doa orang tua untuk anak seperti doa para Nabi untuk umatnya”.

ps: Kt FB, ada perbincangan ttg harini yang redup, mendung, tenang…Mungkinkan LailatulQadar malam ini? MashaAllah.

Day 07 — A photo that makes you happy

The blessed month of Ramadhan

Salam, long hiatus again…i dont have have an urge to blog about daily lifes. More focused on wed blog. But more or less, malas juga. We already decided on the date. Do we??Entahlah, im confused la about him..He seems tak kisah…any date pun boleh yang..as per say.

So march it is..i dont want to delay any longer.even though im tight on financial. Susah ye nak simpan duit if you only makes a litte not an average wages. Im so blessed to still have a job to pay the bills and sorts but manusia, its never enough.

So now im looking for a job. Had a couple of interviews but i turn it down some because it does not fit my specific criteria. Ya Allah bukakanlah rezki ku. I know i’ve been a terrible person lately, thats why rezki does not coming in…..So i had to correct it and usaha+doa.

Tomorrow all muslims start to puasa. Ramadhan, the most holy month of the year is coming. What is my preparation? Shame on u huda…You lucrate all the ideas but will you achieve it..InshaAllah. To perform tarawikh with no avail, to puasa with ibadah, not just puasa for the sake of restraining myself from hunger.To reads Al-Quran whenever im free at home, hopefully to khatam.

This morning I seek forgiveness from my dad before ramadhan start. He said he thought of my late mother…me too..Every ramadhan i will break fast with my mom as ayah always go to masjid to break fast with other jemaah. We will eat modestly, mostly lauk pauk with one kind of kuih. My mom is a big eater. She will cook all of the dishes. The ramadhan routine will always be with me and mom break fast, the she perform maghrib prayers, recite al-quran before prepare to go to tarawikh. Then we go to surau together.(sometimes i malas, so i didnt go, what kind of person i was eh)..Then after 8 rakaat prayer, i went back on my own because mom wants to join her friends for the in group Al-quran recital so the end of the month, they’all khatam the quran together. Then malam, we watch tv or stuff, went to bed. She’ll wake me up for sahur(ohhh i miss this) and eat together.

Mak, i will try my best to seek repentance during this month of Ramadhan, to shower you with doa and al-quran recitement. To show you that i am will to change. Take good care of me and ayah during this month as you does. I know you will always look for us and love us. Lets just welcome this month as we did before, i know you always be at home this month 🙂 I feel you.

from halaqah.net

Pada petang akhir Ramadhan orang-orang yang meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga9(lelaki) menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anak-anak mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali untuk mereka.

Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kepada kita.

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon  kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan  pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada  penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Here are the post i took from one of my favourite b2b blogger, Sabby. She share lot of things that i find great

Salam everyone,

I found this amazing book on Ramadhan written by Um Imtiaz( Mazalina K. Ghouse) distributed by Al-khadeem….I would love to share it here….some of the articles that i find is an absolutely amazing reminder for all of us on preparing for Ramadhan….

1) seek sincere repentance
first- seek forgiveness from Allah swt and feel regret for all the sins committed.
second- ask the people whom we know to forgive our mistakes and foults.
third- free our hearts from negative attitudes and thoughts towards others…This will help our heart to be at peace and happy.

2) complete missed obligatory(wajib) fasts.
please make sure we have ganti ALL our fasts before Ramadhan comes.

3) seek knowledge on Ramadhan (very very important!!!!)
It is advisable to read books which are related to the rulings on fasting and it’s virtues. This will develop better understanding of Ramadhan. Those who are head of family, it is their duty to educate the family about the acts of worship that should be performed during Ramadhan.

4) avoid activites which distracs acts of worship
Ramadhan is only 29-30days, therefore it is wise if we organise our work our work so that it does not distrac us from fulfilling our duties towards Allah swt.

Oh mashaAllah it may be only 4 things, but i can say, its a lot harder to do…I would like to share one of my past experience during Ramadhan.

A few years ago, before Ramadhan started, I went for a talk , to preparing for Ramdhan…And the scholar mashaAllah gave a detail explanation on ganjaran and dosa during Ramadhan….once of the things he mentioned was that some poeple yang puasa in ramadhan, mmg tak dapat pahala langsung, hanya sekadar haus and lapar sepanjang hari…base on the hadith sahih below….

Hadith – Al-Tirmidhi #1989, Narrated AbuHurayrah [Darimi transmitted it.]
Allah’s Messenger said, “Many a one who fasts obtains nothing from his fasting but thirst, and many a one who prays during the night obtains nothing from his night prayers but wakefulness.”

Here are 8 very important things to do , to make Allah swt accept our puasa, inshaAllah for those that practise this will recieve the full reward of ramadhan…

1)Niat (intention): Remind yourself again and again that you are fasting in obedience to Allah. Be sincere in your intention. You want Allah to accept your fasting. The Prophet (peace and blessings be upon him) said:

“Whosoever fasts in Ramadan with faith and seeking Allah’s reward, all his past sins are forgiven.”(Reported by Al-Bukhari)
2.Sunnah: Observe the sunnah in fasting. Take the sahur meal a little before dawn and end your fast at sunset. Observe all the rules of fasting. It is very important to fast according to the example of our Prophet Muhammad SAW.

3.Wara`(Avoiding everything haram(forbidden) or makruh (disliked): Be conscious to have halal(lawful) food,halal income, halal relations. Avoid watching bad TV programs, videos, movies, etc. always but especially during this month. Keep your body and mind very clean. Avoid wasting your time in useless things and pursuits.

4.Qur’an: Spend more time with the Qur’an. Read Qur’an every day. Try to finish at least one time the whole Qur’an during this month in your own personal reading. Read some hadiths and the books of seerah(the Prophet’s biography).

5.Salat, du`a’ and dhikr of Allah: Pray on time and observe all Prayers. Do not ignore the Tarawih Prayers. Perform more supererogatory Prayers. Do as much worship as you can. Make more dhikr (remembrance of Allah) and du`a’(supplication) for yourself and for others. Repent and ask Allah for forgiveness as much as you can. This is the best time for devotion and seeking Allah’s forgiveness. Seek Laylat Al-Qadr (the Night of Power) by special devotion during the last ten nights of this month.

6.Zakah, sadaqahand generosity: Be very charitable and generous. Give more and more to help the poor and needy and to help good social and community projects. Also be good to your friends and neighbors. Let your non-Muslim neighbors and co-workers know that this is your blessed and sacred time.

7.Husn As-Suluk(good relations with others): Try to be extra kind and courteous during this month. Forget your quarrels and disputes. Reconcile and forgive. Do not get involved in backbiting, lying, cheating, and anything that is wrong. Be very good to Muslims and to all human beings.

8.Tafakkur(contemplation): Think, reflect, and plan to improve the moral and spiritual condition of your own self and your family. Think about any wrong things and sins you may have been doing and decide to correct yourself. Think about any deficiencies you have in your Islamic observances, and plan to change yourself. Think what you can do for the Ummah and for humanity to make this world a better place for everyone.

“O you who believe, fasting has been prescribed for you as it has been prescribed for those before you, so that you may attain taqwa.” [NOBLE QURAN 2:183]

Alejandro

Now obsessed with Gaga Alejandro..its such a sooth tunes dont ya think?

Last night went to Arwah PakLong’s tahlil. Firstly macam malas nak pergi ok. Ntahla hormon malas tu suke datang tiba-tiba since my girl couz are not attending. But then i had the urge to go.

Like..kenapalah nak malas-malas sangat pergi tahlil. Kan dapat pahala bersedekah bacaan yassin pada si-mati. Plus, its been 6 month since my dear mom passed away. 29/6/2010 is the exact 6 month. Time flies so fast. So sedekahkan bacaan utk arwah mak juga plus kakak linda, arwah atuk, tokyah,opah dan semua yang dah pergi.. Al-fatihah.

This Thursday Ayah cakap kena pergi Pejabat Keadilan untuk received Rm1.5k courtesy of Keadilan caw.Semenyih sebab dapat khairat kematian untuk arwah Mak. Last 6 month dah dapat 1k. For those yang ada parents/grandparents umur over 60, sila lah daftar Skim Mesra Usia Emas untuk dapatkan khairat kematian. Yelah untuk cover kenduri tahlil whatnots. lagipun mmg Kerajaan Negeri sedekah. Untuk rakyat Selangor sahaja. Ada lah terms and condition dia. Boleh refer website kerajaan negeri di sini. Banyak lagi Program MES(Merakyatkan Ekonomi Selangor) bawah pimpinan Keadilan Selangor untuk check it out. its better than nothing kan. At least diorang fikirkan kebajikan rakyat. Those yang masuk uni, baru dapat baby, bil air free for the first 20m semua untuk rakyat Selangor sahaja ye. Im a Pahangians..wah ade ke term tu..so tak layak any la..Lagipun dah nak dok Johor pula nanti..:). Oh btw, im not a Keadilan member or speaker ke just informing beneficial things. Dah daftar SPR tapi tak mengundi lg.Teruk kan. (Last time tgh study kat JB. Nak mengundi kena balik Semenyih so malas)

Ahad ni nak pergi Hi-Tea kat Marriot untuk celebrate birthday June babies.Baby la sangat padahal org2 tua. Alang, Ayah, Abg Pai n Ashraf. Im joining Alang’s family celebration sebenarnya sebab haritu birthday ayah tak proper punya celebration. Pergi Bangi Village Steamboat Sec.7 lepas Maghrib. Ayah ingat makan kejap and biasa2 je, dia dah risau-risau nak kena tutup pintu masjid. So macam rushing2 la. Then ayah gi balik pegi masjid dulu.Kitorang pulak yang seronok2 makan lama2. Soo tak sesuai.

Oh macam malas nak cerita lagi..nak tayang future home, insyaAllah. haritu pergi cuci rumah kat Kempas. Ini quaters kakitangan TNB JB. Dok sini je dulu lah.Ok je tempat ni. Saya suka.

living room

kitchen

Bedroom 1.Bedroom semua ada wardrobe.Penat basuh toilet ituu

The best thing is that sewa murah. Like rm80 je kot sebulan. Plus maintainace free for leakage ke, toilet tersumbat,electrical problems etc. Boleh saving bayak untuk OUR future home.

The tak best thing is..layout rumah ni exactly sama dengan rumah my cousin jaja kat Pantai Dalam so macam eh boring lah nanti placement furniture semua mesti sama.More or less la.

Dekat area tu ada banyak kemudahan like convenient store, dewan, food court..dah macam feeling asrama pulak.

K lah nanti nak update tempat Steamboat Buffet.

Salam

Loooong hiatus

Sorry for the long hiatus

Many things happens around my circle but never had any intention to write it down..So here it goes

#1 I had dengue and stayed 1 night in Hospital Kajang. My platelet dropped to 77.

#2 Ayah’s birthday celebrate by having dinner at Bangi Village Steamboat Bangi

#3 My uncle-paklong passed away last Sunday,7.30pm while he was performing his Maghrib prayer. masyaAllah such a good way. Paklong is my late mom’s brother. Its only 6 month since my mom passed away.

#4 Went to OUR future home at Kempas, Johor to kemas-kemas stuff. Not yet bought any furniture and appliances

#5 Im terribly in dire need a new job

# 6 My dear friend fafa were engaged and will be marrying this Nov!

Will update later.